‘Saya minta maaf tetapi itu bukan tahi saya’ – Ramadhan

 

KAJANG, SELANGOR – “Saya Ramadhan ingin meminta maaf dari pihak saya yang telah melakukan kekecohan di Osaka, minggu ini,” demikian permohonan maaf salah seorang dari tiga pelancong yang didakwa melakukan onar di sebuah premis penginapan di Osaka, Jepun.

Dalam permohonan maafnya itu, Ramadhan berkata, dia mengaku mengasari staff premis tersebut dan memohon maaf di atas tindakannya. Malah akan membayar kembali kerosakan yang dilakukan.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutamanya Qaiyum (baju biru) disebabkan saya telah melakukan keganasan dan melemparkan kata-kata yang sangat kesat terhadap beliau.
“Kami bertiga juga akan bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku dan kami sedaya upaya untuk membayar kembali apa yang telah ditanggung oleh pihak pengurusan,” katanya.
Bagaimanapun, Ramadhan menegaskan bahawa dia tidak membuang najis di dalam bilik mandi seperti yang didakwa netizen.
“Saya bagi pihak individu yang membuang najis di tempat mandi juga meminta maaf dan saya sendiri tidak tahu siapa yang melakukannya. Namun terserah untuk percaya atau tidak,” katanya.
Sumber : The Reporter
admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *