‘Kami Menjemput Saudara Iqram Hadir Ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan’ – Dr. Zulkifli Mohamad

Dalam pada Iqram Dinzly menjadi target kecaman netizen, ramai juga yang risau akan keadaan semasanya yang seakan ‘tidak waras’ semenjak kematian bapa tersayang. Ramai yang mengaitkan perlakuan peliknya dengan masalah depresi yang mungkin sedang dihadapi Iqram di saat ini. Malah, ada juga yang mengaitkan puncanya dengan ajaran sesat dan pengambilan bahan terlarang.

Tidak pasti apa puncanya, namun yang pasti, ramai yang ingin melihat Iqram kembali seperti dulu. Terbaru, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli al-Bakri melayangkan surat terbuka kepada pelakon drama Dunia Baru itu melalui akaun Facebooknya. Berikut isi surat terbuka itu:

Surat terbuka kepada Iqram

Dalam pengisiannya, Dr. Zulkifli menasihatkan Iqram untuk tidak mengambil pusing dengan tomahan netizen sebaliknya fokus dengan mendekati ayat-ayat suci Al-Quran serta hayati zikir seperti mana yang pernah dipertontonkan Iqram di IG Live sebelum ini.

Dr. Zulkifli menerusi suratnya itu mempelawa pelakon tersebut untuk datang ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya dengan niat ingin mengenali pelakon tersebut dengan lebih baik dalam usaha memahami situasi semasa serta masalah yang dihadapinya.

Terdahulu, Dr. Zulkifli cuba mencapai pelakon tersebut menerusi suatu status terbuka di platform Twitter:

Sumber: Dr. Zulkifli al-Bakri

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *