Fathia Latiff Dilabel Sebagai Artis Tiada Modal. Sekarang Dia Usik Najib Pulak..

Sejak tersebarnya isu sebuah aplikasi mudah alih, Bigo yang melibatkan pelakon Fathia Latiff, segala perkembangan pelakon ini seperti diperhatikan netizen dalam setiap langkah.

Kak Ya Buat Hal Lagi..

Fathia yang digelar Kak Ya oleh kebanyakan pengguna media sosial dikatakan ‘buat hal’ lagi. Terbaru mengenai insiden banjir di utara tanah air, Fathia telah memuat naik ‘tweet’ beliau di Twitter mengenai ketiadaan Perdana Menteri melawat di negeri itu. Ekoran statusnya itu, pelbagai kecaman terus diterima oleh Fathia ditambah pula pada awalnya beliau tersilap tulis Perdana Menteri sebagai ‘Mr President’

Artis Tak Ada Modal

Tidak terhenti setakat itu, nama Fathia Latiff terus disebut netizen dan menganggap pelakon ini tiada modal dan hanya mencari publisiti murahan.

Apakah pendapat pembaca Hangat.com? Bagi kami isu seperti ini agak sensitif untuk diulaskan kerana mereka di utara tanah air sedang bersusah payah menghadapi banjir akan tetapi timbul pula komen dari Fathia Latiff.

Sumber : Roti Pisang

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *