Demi Selamatkan Adik Yang Hampir Lemas, Gadis Hilang Dihanyutkan Arus Deras

16 Dis – Sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan adiknya yang hampir lemas, seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) terjatuh ke dalam air dan dibawa arus deras di Pusat Rekreasi Lata Lembik Ulu Sungai, Raub, jam 4.50 petang semalam

Mangsa Nor Dyana Abd Malek, 17, yang cacat tangan kanan berasal dari Paya Serai, Jalan Bukit Seladang, Bandar Bera, Bera.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan cuba menyelamatkan adiknya, Siti Normala, 15, yang tergelincir di air terjun pusat rekreasi itu.

 

“Mangsa hilang dibawa arus namun adiknya selamat. Operasi mencari dijalankan Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Raub disambung jam 8 pagi hari ini selepas dia tidak ditemui semalam,” katanya.

Menurut Zahari, operasi mencari dan menyelamat mangsa juga sedikit sukar kerena arus sungai yang deras.

Sumber: siakapkeli

http://www.siakapkeli.my/2017/12/demi-selamatkan-adik-yang-hampir-lemas.html?m=1

Baca artikel lain dibawah

“Daun Ketum Berpotensi Ganti Methadon, Ubati Masalah Ketagihan Dadah.” – Profesor Dr Sharif

Kumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) masih lagi menjalankan kajian ke atas tumbuhan ketum yang dikatakan berpotensi sebagai ubat tahan sakit yang baharu.

Menurut Profesor Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, Profesor Dr Sharif Mahsufi Mansor, daun ketum berpotensi bagi menggantikan methadon yang digunakan dalam mengubati masalah ketagihan dadah terutamanya selepas penagih itu berhenti mengambil dadah.

Walaupun begitu, katanya tiada lagi kajian klinikal yang berjaya untuk membuktikan perkara ini.

“Kajian masih dijalankan, belum selesai lagi. Tapi kita ada potensi, kena buat kajian lagi. Kita belum buat kajian klinikal terhadap manusia dan hanya dilakukan pada haiwan,” katanya lagi.

Menurut beliau lagi, kajian ini memerlukan data-data dalam haiwan tersebut untuk mendapat kelulusan terhadap etika manusia. Buat masa ini masih belum dibenarkan digunakan pada manusia.

Dr Sharif ditemu bual oleh pemberita selepas beliau menyampaikan syarahan umu pelantikan profesor bertajuk Ketum: Sejarah Penggunaan dan Penemuan Terkini di USM pada Khamis.

Beliau juga berpendapat, sebelum ini ketum sangat terkenal di dalam perubatan khususnya bagi merawat gejala penagihan dadah seperti mengawal gejala tarikan dan terapi gantian.

“Untuk merawat gejala penagihan dadah ada dua perkara yang perlu diambil kira. Pertama untuk mengawal gejala tarikan dan kedua, terapi gantian methadon,” katanya.

Beliau juga mengulas lebih lanjut di mana, pihaknya turut menjalankan penyelidikan bagi membangunkan ubat baharu terhadap jangkitan kulat sistematik yang kemungkinan berlaku kepada penagih dadah yang dijangkiti HIV.
“Kajian yang dijalankan sejak 2007 itu berjaya menemui ubat antikulat baru (CDR2) yang difailkan oleh USM pada 2016 bagi rawatan jangkitan kulat sistemik seperti aspergilosis dan pihaknya kini sedang menanti kelulusan daripada Perbadanan Harta Intelek (MyIPO),” katanya lagi.

Sumber: siakapkeli

http://www.siakapkeli.my/2017/12/daun-ketum-berpotensi-ganti-methadon.html?m=1

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *