Air Mata Kegembiraan, Perjalanan Dari KL Ke Perak Berbaloi, Kucing Kesayangan Yang Hilang Ketika Kemalangan Berjaya Ditemui Semula

 

Sejak seminggu lalu iaitu pada 30 Jun, telah tular di laman sosial kisah seorang wanita bernama Hafizah Rodzi II telah memuatnaik status meminta orang ramai yang terjumpa kucing kesayangannya yang hilang agar memaklumkan kepadanya.

Kucing yang diberi nama Tam itu hilang selepas melompat keluar daripada kereta yang dipandu abangnya yang terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Kampung Teluk Rebiah, Sungai Durian, Perak.

Menurut beliau, Tam telah melompat keluar dan menghilangkan diri dalam semak selepas pintu kereta dibuka oleh seorang pekerja dari syarikat kereta tunda yang mahu menunda kereta milik abangnya itu selepas dilanggar oleh sebuah kereta lain ketika perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Selepas kejadian mereka telah cuba mencari Tam tetapi tidak berjaya dijumpai menyebabkan mereka terpaksa meneruskan perjalanan pulang ke ibu kota.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, hatinya tidak tenang memikirkan bagaimana keadaan Tam yang tinggal di dalam semak itu menyebabkan dia dan keluarga telah membuat keputusan untuk kembali pulang ke Perak pada malam itu juga.

Selepas keluar mencari pada keesokan harinya di dalam semak berhampiran lokasi kemalangan, Tam akhirnya telah berjaya ditemui.

“Alhamdulillah terima kasih semua yang mendoakan, kucing kami Tam dah dijumpai semula dalam keadaan baik dan selamat di dalam kawasan semak.”

“Berbaloi perjalanan jauh dari Ampang ke Perak untuk mencari dia, syukur ke hadrat Allah permudahkan urusan pada harini dan Allah lindungi kami sekeluarga,” tulisnya yang ternyata bersyukur di laman Facebook.

Dilihat ibu Hafizah tidak dapat menahan air mata kegembiraannya selepas kucing kesayangan mereka itu berjaya ditemui semula.

Sumber:siakapkeli

http://www.siakapkeli.my/2017/07/air-mata-kegembiraan-perjalanan-dari-kl.html?m=1

Baca artikel lain dibawah

Dua Hari Lepas Kita Baru Cakap Rindu Sandwich Awak Buat, Tapi Harini Awak Dah Tinggalkan Kita – Rakan

 

Tiada yang lebih sedih dan memilukan daripada kehilangan orang tersayang. Suami kehilangan isteri, anak kehilangan ibu dan ataupun kehilangan sahabat yang kita sayangi. Pasti semua kenangan dan memori yang kita ada bersama mereka akan kekal terpahat dalam sanubari.

Apatah lagi bila kita sempat berbual dan merancang sesuatu untuk bergembira bersama dengan mereka tanpa kita sedari mereka akan pergi. Tiba-tiba sahaja, semua kegembiraan tersebut bagai direntap dengan ganas takala menerima khabar duka orang yang kita kenal dan sayang sudah pegi meninggalkan kita buat selamanya. Bagaimana?

Itulah yang terpaksa dilalui oleh wanita ini yang dikenali sebagai Wawa Zainal apabila kehilangan seorang sahabat yang dia sayangi dalam kemalangan yang baru sahaja berlaku pagi tadi.

 

Berkongsi kesedihannya melalui satu kemas kini di laman sosial Facebook, dia turut memberitahu bahawa mereka sempat menyuarakan rasa rindunya selain teringin untuk merasa masakan rakannya itu dua hari lalu.

Malah wanita itu juga turut berkongsi gurauan yang sering dilakukan bersama rakannya itu yang berhajat ingin hidup berjiran suatu masa kelak. Namun semua hajatnya bersama arwah itu tidak kesampaian apabila mendapat berita sedih mengenai kehilangan sahabat baik buat selama-lamanya pagi tadi.

Mangsa bersama suaminya maut dalam kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa tersebut kira-kira jam 7.20 pagi tadi di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Menurut pihak berkuasa, kemalangan tersebut membabitkan sebuah lori dan Proton Saga yang dinaiki oleh dua orang wanita dan seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah ketika mengesahkan kejadian tersenut memberitahu bahawa mangsa yang terkorban adalah dua orang wanita dan seorang lelaki yang menaiki kereta Proton Saga tersebut.

“Manakala pemandu lori dan kelindannya selamat. Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Manakala jurucakap Jambatan Bomba dan Penyelamat Perak memberitahu bahawa anggota di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar mendapat maklumat kemalangan tersebut pada jam 7.26 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi bomba mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta Proton Saga masuk ke dalam parit.

“Dipercayai tiga mangsa terperangkap di dalam kereta dan bomba membantu mengeluarkan mangsa,” katanya yang turut memberitahu bahawa operasi tersebut diketuai oleh Zaipul Affendy Ahmad.

Sumber:siakapkeli

http://www.siakapkeli.my/2017/12/dua-hari-lepas-kita-baru-cakap-rindu.html?m=1#FB

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *