10 Fakta Menarik Yang Mungkin Korang Tak Tahu Tentang Formula 1! Serius Baru Tahu!

Kalau cakap pasal Formula 1 (F1), mesti dalam kepala korang akan terbayang kereta lumba yang laju, trek perlumbaan yang riuh dengan sorakan penonton, dan suasana perlumbaan yang mengujakan.

Siapa yang pernah menonton perlumbaan F1 secara live je mesti tahu macam mana feel bila tengok pelumba favourite masing-masing beraksi!

F1 ni memang perlumbaan yang tak asing lagi. Boleh kata sukan international yang ada kelas yang tersendiri. Tapi, tak semua orang tahu pasal sejarah dan fakta-fakta F1 kan. Jom kami kongsikan!

Grand Prix yang pertama pada 1999 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)

Korang tahu tak, 17 Oktober 1999 adalah salah satu tarikh keramat dan bersejarah dalam arena sukan negara apabila menganjurkan perlumbaan berprestij iaitu Formula One!

Litar rekaan Hermann Tilke ni buat pertama kalinya dijuarai oleh pasukan Ferrari iaitu Eddie Irvine diikuti oleh rakan sepasukannya, Michael Schumacher dan seterusnya Mika Hakkinen dari McLaren Mercedes.

Masa ni Malaysia berjaya menjadi perhatian dunia dengan 80,000 orang penonton dari seluruh dunia datang menyaksikan perlumbaan itu secara langsung!

Ferrari cuma menang dua kali dalam tempoh 10 tahun..

Ferrari memang nama yang tidak asing lagi dalam F1 dan juga merupakan pasukan paling senior di arena Formula 1. Terakhir kali Ferrari menjadi juara F1 adalah pada tahun 2007, iaitu 9 tahun lepas.

Sejak dari itu, Ferrari macam dah disumpah dan masih gagal menjadi juara serta mengalami penurunan dalam prestasinya. Disaat kejatuhannya, pasukan-pasukan lain seperti Red Bull dan Mercedes terus bersilih ganti menjadi juara.

So, kepada peminat Ferrari, bertabahlah!

F1 Malaysia seringkali didatangi artis Hollywood terkenal!

Seiring dengan jenama F1 yang makin gah, Malaysia telah dihadiri oleh artis-artis Hollywood terkenal yang datang bertujuan untuk menyaksikan dan menghiburkan penonton di perlumbaan F1.

Antara artis-artis yang hadir adalah Backstreet Boys, Guns and Roses, Calvin Harris, Jamiroquai, serta selebriti Hollywood seperti Terry Hatcher, Josh Hartnett, Jackson Brothers, Kimora Lee Simmons dan ramai lagi. Bukan calang-calang tau!

Menerima penonton paling ramai pada ulangtahun F1 yang ke-10 (2008)

Litar F1 telah meraikan ulang tahunnya yang ke 10 pada 23 Mac 2008 dan berjaya meraih jumlah penonton yang tertinggi dalam sejarah iaitu seramai 126,690 orang!

Pada tahun ini juga, Singapura menganjurkan perlumbaan F1 mereka yang pertama.

Alex Yoong, pelumba F1 Malaysia pertama..

Alex Yoong muncul sebagai rakyat Malaysia pertama yang beraksi dalam perlumbaan kereta Formula 1 apabila ditawarkan kontrak sebagai pelumba sepenuh masa oleh pasukan Minardi F1 dari Itali.

Alex diperkenalkan dalam perlumbaan kereta oleh ayahnya, Hanifah yang sebelum ini mengendalikan Shah Alam Motor Paradise di Litar Batu Tiga, Shah Alam. Beliau beraksi dalam Formula Asia ketika berusia 17 tahun dan pernah muncul juara dalam beberapa pusingan.

Grand Prix F1 2014 nyaris dibatalkan?!

Selain Grand Prix Malaysia Formula 1 2014 , pada tahun ini juga telah berlaku satu kisah menyedihkan buat negara kita iaitu tragedi MH370.

Pada awalnya, F1 2014 dikhabarkan akan dibatalkan berikutan tragedi MH370. Tapi akhirnya ia tetap berlangsung di mana, sebelum perlumbaan berlangsung, semua peserta, jemputan dan penonton diminta bertafakur selama seminit sebagai tanda memperingati tragedi itu.

Tribute ini juga merupakan pertama kali dilakukan dalam sejarah sukan dunia di mana pelumba turut melekatkan sticker di helmet dan kereta lumba mereka sebagai memperingati mangsa tragedi.

Pelumba F1 kena ada “super license” 

Bukan senang-senang tau nak memandu kereta lumba ni. Selain kena ada skil dan kepakaran, pelumba juga kena ada super license yang sah.

Kalau korang nak tau, super license ni merupakan lesen perlumbaan kelas tertinggi yang dikeluarkan oleh Fédération Internationale de l’Automobile (FIA). Hanya mereka yang betul-betul layak je dapat lesen ni!

Pelumba F1 berlumba pada had laju 380 km/h (240 mph)! Laju gila weh!

Kereta lumba F1 adalah kereta perlumbaan terpantas di dunia yang berlumba dengan had laju sehingga kira-kira 380 km/j (240 mph) dan had lajunya berubah setiap tahun.

Tapi, enjinnya hanya boleh bertahan selama 2 jam sahaja sebelum meletup berbanding kereta biasa yang mampu bertahan selama 20 tahun!

Selepas berlumba, pelumba F1 akan hilang berat dan air dalam badan!

Jangan ingat seronok ye jadi pelumba F1 ni. Selain berisiko untuk kemalangan, pelumba F1 juga akan kehilangan berat sebanyak 4 kilogram dan 3 liter air dalam badan setiap kali selesai perlumbaan.

Haa..kalau sesiapa nak kurus tu, bolehlah pasang cita-cita untuk jadi pelumba F1 mulai hari ini. Hehe!

Fakta yang paling best, F1 akan diadakan pada bulan September ini!

Bagi peminat F1, dekat sini, kami nak sampaikan berita baik dan berita sedih untuk korang.

Berita baiknya, perlumbaan F1 akan diadakan pada 29 hingga 30 September ini sempena menyambut ulangtahunnya yang ke 19!

Yang lagi best, siapa yang nak beli tiket tu, ada potongan harga untuk pemegang MyKad tau! Hanya RM336.18 daripada harga asalnya iaitu RM613.68! 

Berita sedihnya pulak, ini merupakan perlumbaan terakhir bagi F1. Alaa..mesti lepas ni rindu nak tengok pelumba dan pasukan favourite korang beraksi kan. Dah la F1 ni merupakan sukan antarabangsa yang dah menempa nama di persada dunia.

Haa..sebab tulah, korang kena raikan perlumbaan terakhir ni dan jadikan ia sebagai salah satu memori terindah dalam hidup korang!

Untuk maklumat lanjut, hubungi Ticket Online di talian +603 8778 2222 atau layari www.sepangcircuit.com 

Sumber : oh bulan

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *